Ribut siklon kencang (skala IMD) | |
---|---|
Siklon tropika kategori 1 (SSHWS) | |
Terbentuk | 31 Oktober 2010 |
Reda | 8 November 2010 |
Angin terkuat | 3 minit berterusan: 110 km/j (70 bpj) 1 minit berterusan: 130 km/j (80 bpj) Gusts: 155 km/j (100 bpj) |
Tekanan terendah | 988 hPa (mbar); 29.18 inHg |
Kematian | sekurang-kurangnya 261 mati, 12 hilang |
Kerosakan | $391.55 juta (2010 USD) |
Kawasan terjejas | Semenanjung Melayu, Sri Lanka, India |
Sebahagian daripada Musim taufan Pasifik 2010 & Musim siklon Lautan Hindi Utara 2010 |
Ribut Siklon Kencang Jal (IMD:BOB 05, JTWC:05B) merupakan ribut siklon bernama yang kelima dan Ribut Siklon Kencang keempat dalam musim siklon Lautan Hindi Utara 2010. Jal berkembang dari suatu kawasan tekanan rendah di Laut China Selatan sehingga menjadi Tekanan Rendah Tropika pada 28 Oktober. Nama Jal berasal dari bahasa Sanskrit, bererti air. Sekurang-kurangnya 54 orang disahkan terkorban di India.[1] Sebagai tekanan rendah tropika, Jal menyebabkan hujan mencurah di sebahagian Thailand dan Malaysia, mengakibatkan banjir besar yang meragut 59 dan empat orang di negara masing-masing.[2] Di Sri Lanka, hujan lebat diiringi angin kencang telah mengakibatkan banjir yang menjejaskan sekitar 80,000 orang.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama india death toll +54